Thursday, 5 September 2013

assalamualaikum... lama juga ye saya tak update kat dalam blog nie... bukan apa, sibuk sikit dengan kerjaya dan rumahtangga. ari nie baru saya berpeluang untuk menulis sepatah dua kata. hehehe.... minggu lepas saya ada menghadiri seminar di pulau pinang. saya pergi dengan member2 satu tempat kerja. Pepagi lagi kami semua sudah bertolak ke sana. kami singgah makan capati di bandar perda. suasana di situ sangat la lenggang. mcm tak percaya sahaja. mungkin awal lagi kot ditambah pula hari minggu. masih bermalas-malasan di atas katil. heheheheh....
 Di sana banyak perkara baru yang saya pelajari. walaupun tak semudah yang disangkakan, saya tetap ingin mencuba sesuatu yang mencabar diri saya sendiri. saya malu nak berniaga, padahal rezeki 9/10 adalah daripada perniagaan. Saya malu serta takut kepada penolakkan. Sebab tu lah kot saya xberjaya sangat. hehehehhe....

Perkara pertama yang saya buat adalah mencuba sendiri sesuatu produk itu. antara produk yang saya guna adalah Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap). saya guna produk ini adalah untuk kesihatan dalaman wanita. saya ada masalah lenguh2 kaki disebabkan oleh vericose veins, lenguh pinggang disebabkan saya pernah mendapatkan suntikan epidural semasa bersalin, letih, kurang cerdas, kurang bertenaga dan ceria. Alhamdulillah, setelah seminggu saya menggunakanya, saya dapati lenguh2 di kaki dan pinggang mula berkurangan, kurang makan nasi sebab kita akan banyak minum air masak, bertenaga serta aktif. sebelum nie saya memang susah sikit nak makan jamu2 nie sebab saya akan selalu sakit kepala. Tetapi bila guna produk nie tak ada pun sakit kepala tersebut.

Produk ke-2 yang saya guna adalah Semburan Penyegar Mulut GLISTER (9g). memberi kesegaran kepada mulut tambahan pula kerjaya saya yang memerlukan saya bercakap dengan orang. Sebotol boleh memberikan lebih daripada 250 semburan pulak tu. Selain itu ia sangat sesuai kepada sesiapa yang menjaga berat badan kerana ia tidak mengandungi gula, jadinya tiada kalori.

Ada banyak lagi produk yang ditawarkan tetapi tak sempat saya nak taipkan disini. ada masa saya updatekan lagi ye. kalau nak tengok gambarnya, nanti saya sertakan sekali. anyway have a good day and never fell down.




No comments:

Post a Comment