Monday, 9 September 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera. hujan pepagi macam nie membuatkan saya kesejukkan ditambah lagi bekerja di dalam suasana berpenghawa dingin. apa-apa pun tidak mematahkan semangat saya untuk menulis. setiap wanita sukakan kecantikkan. tidak kira la macam mana asalkan dapat memenuhi impian untuk memilikinya. saya ingin menceritakan tentang produk kecantikan iaitu Glos Bibir ARTISTRY (6ml). Lip gloss ini akan membuatkan penampilan anda lebih segar selain sentuhan kilauan pada bibir anda. Dengan hanya satu sapuan bibir anda akan berkilau dengan warna-warna yang memukau. Bibir akan mendapat belaian dari minyak jojoba dan avocado. Lip glos ini juga dapat mengurangkan garis-garis halus serta mencegah warna gincu merebak keluar. Anda akan kelihatan berseri dengan sapuan warna berkilauan dan juga bibir anda kelihatan licin, lebih penuh serta lebih segar. Saya pernah menggunakannya dan memang saya suka sangat. warna yang saya gunakan ialah   Ruby red. Walaupun warnanya terang, tetapi bagi saya ia membuat saya lebih berkeyakinan dan bersemangat. warna-warna lain adalah Dazzling Coral, Pink Sapphire,Golden Berry, Pink Blossom.
                      ini lah warna Ruby red yang saya cerita tu. memang menarikkan......


terasa seperti saya tengah menggunakannya sahaja. memang berbaloi lah buat anda yang ingin tampil lebih segar dan mulus.

lagi satu produk yang ingin saya ketengahkan ialah Sabun Kecantikan G&H (250g). Sabun ini betul-betul menggunakan alam semulajadi iaitu MADU. Mengapa menggunakan Madu?
1- Merupakan humektan semulajadi
2- mempunyai ciri-ciri bakteria semulajadi
3- Mengandungi vitamin B6,C,Tiamin,Riboflavindan Niasin.
4- Mengandungi antioksidan dan asid amino.
5- Rumusannya daripada lembu yang selamat digunakan.
6- Sesuai untuk kulit remaja.

digunakan untuk pembersihan muka namun ia adalah sabun mandi yang paling bagus. Ianya digabungkan dengan gliserin (humektan yang berkuasa), memang gabungan yang sangat sesuai. saya gunakan untuk membersih muka. memang sesuai sangat dengan kulit saya yang berkombinasi. terasa kulit benar-benar bersih dan sihat. 


sampai disini dahulu kerana ada kerja lain yang memerlukan perhatian. nanti bertemu dilain hari dan masa...

No comments:

Post a Comment