Sunday, 29 September 2013

assalamualaikum..... bertemu lagi di petang yang indah ini. diharap semuanya sihat2 belaka. ujung minggu yang lalu cuaca sentiasa hujan. oleh kerana itu, saya tidak dapat ke mana2. duduk dirumah melayan karenah anak sahaja. tiada apa sangat yang boleh dilakukan.

Ari ni saya nak cerita tentang madu. dengar je nama madu semua orang tentu kecut perut. tetapi bukan madu orang ye, madu asli punya dari NZ.

Madu nie dapat mengubati pelbagai penyakit. memang berbaloi untuk memilikinya. jika di farmasi luar harganya mencapai beratus-ratus ringgit tetapi dengan produk yang saya nyatakan nie harganya xsmpai rm100 pun.

boleh digunakan sebagai lotion pelembab lagi kerana ianya tidak melekit langsung dan kulit pun nampak lembut sahaja....

saya cuma berkongsi apa yang saya rasa berbaloi dan memberi manfaat kepada anda dan saya...

bukan semua orang sanggup berkongsi sesuatu untuk kebaikkan semua orang!!!!...

sampai disini dahulu catatan saya. jika ingin tahu lebih lanjut, tinggalkan komen ye.....

assalamualaikum........

Sunday, 22 September 2013

Assalamualaikum dan selamat petang. Hari ini merupakan hari yang sangat menggembirakan saya. Saya pun tidak tahu apa yang menyebabkan saya gembira, namun yang pasti saya ingin berkongsi kegembiraan saya dengan semua orang. Mudah-mudahan kita akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T hendaknya. Ok lah saya hendak ceritakan tentang satu produk nie. Produk nie namanya Losyen Tangan & Badan ALLANO (250g). Merupakan losyen badan yang berasakan buih yang unik. Losyen ini juga tidak berminyak serta comot ketika disapu. Losyen ini juga mengandungi Alantoin dan Lanolin untuk melegakan dan melembap kulit yang paling kering sekalipun. Tetapi, losyen ini juga boleh digunakan untuk gatal-gatal terkena gigitan nyamuk, terkena kudis, kegatalan di tapak kaki akibat memakai kasut bertutup setiap masa, untuk selulit pun berkesan juga. Losyen ini juga dapat memudarkan parut di kulit. Sesuai digunakan oleh sesiapa sahaja seperti surirumah, wanita mengandung dan sesiapa yang mengalami masalah kulit kering. Yang bagusnya produk ini tidak tertumpu kepada satu penggunaan, jadi ianya memang berbaloi untuk dimiliki. Saya memang gemar menggunakanya kerana ianya akan memberi kelembapan segera dengan baunya yang memikat jiwa.
Kepada sesiapa yang ingin mencuba dipersilakan tetapi produk ini tidak ada dijual di farmasi atau pusat membeli belah. Salam sayang dari saya dan saya akan menulis lagi di masa akan datang. setakat ini dahulu celoteh saya. Jom solat dulu..... Wasalam....

Thursday, 19 September 2013

assalamualaikum..... selamat petang jumaat yang mulia ini. semoga bertambah rezeki kita untuk hari ini. saya terasa sangat sedih kerana telefon bimbit kesayangan saya rosak. jadi terpaksa guna telefon biasa untuk apa-apa hal. so, tiada la wechat, line, kakaotalk dan whatups. huhuhuhuu..... apa boleh buat mungkin dia perlukan rehat kerana banyak membuat keje saya. hari ini saya ingin ceritakan tentang pencuci wanita. CECAIr PEmBErSIh wANItA FEmImE PLUS itulah nama pencuci wanita yang saya maksudkan.

Pentingnya menggunakan bahan pembersih wanita:
- Untuk mengekalkan persekitaran vagina semula jadi untuk mencegah pembiakan bakteria tidak baik.
- Untuk melindungi, memulih dan mengekalkan pH semula jadi.
- Membantu mengurangkan kegatalan, keradangan dan lelehan yang tidak diingini.
- Menggalakkan kebersihan vagina yang baik dan kesejahteraan.

pH Vagina
- pH vagina yang sihat adalah di antara pH 3 dan 4.5.
- Apabila keseimbangan ini naik turun, vagina
cenderung mengalami keradangan, jangkitan dan
kegatalan

Arahan mengguna:
Tuang sejumlah kecil di tapak tangan anda. Jadikan
berbusa dengan air dan sapu di kawasan sulit
sebelah luar.
Setelah itu bilas dengan air dan lap hingga kering.

Bila hendak diguna?
- Ketika haid
- Hamil
- Masa Berpantang
- Sebelum / selepas hubungan intim
- Ketika menggunakan antibiotik
- Ketika mengguna alat perancang keluarga
- Ketika menghadapi ketegangan
- Ketika anda mengalami keputihan

betapa pentingnya pencuci wanita disebabkan itu kita perlu memcari yang betul-betul sesuai. pencuci wanita ini membuatkan saya berasa segar sepanjang hari. memberi keyakinan kepada diri saya untuk berkomunikasi dengan lebih ramai pelanggan dan memberi keceriaan dan kepuasan.




setakat ini dahulu cerita yang ingin saya sampaikan. semoga bertemu kembali di lain masa.

Monday, 9 September 2013

assalamualaikum dan salam sejahtera. hujan pepagi macam nie membuatkan saya kesejukkan ditambah lagi bekerja di dalam suasana berpenghawa dingin. apa-apa pun tidak mematahkan semangat saya untuk menulis. setiap wanita sukakan kecantikkan. tidak kira la macam mana asalkan dapat memenuhi impian untuk memilikinya. saya ingin menceritakan tentang produk kecantikan iaitu Glos Bibir ARTISTRY (6ml). Lip gloss ini akan membuatkan penampilan anda lebih segar selain sentuhan kilauan pada bibir anda. Dengan hanya satu sapuan bibir anda akan berkilau dengan warna-warna yang memukau. Bibir akan mendapat belaian dari minyak jojoba dan avocado. Lip glos ini juga dapat mengurangkan garis-garis halus serta mencegah warna gincu merebak keluar. Anda akan kelihatan berseri dengan sapuan warna berkilauan dan juga bibir anda kelihatan licin, lebih penuh serta lebih segar. Saya pernah menggunakannya dan memang saya suka sangat. warna yang saya gunakan ialah   Ruby red. Walaupun warnanya terang, tetapi bagi saya ia membuat saya lebih berkeyakinan dan bersemangat. warna-warna lain adalah Dazzling Coral, Pink Sapphire,Golden Berry, Pink Blossom.
                      ini lah warna Ruby red yang saya cerita tu. memang menarikkan......


terasa seperti saya tengah menggunakannya sahaja. memang berbaloi lah buat anda yang ingin tampil lebih segar dan mulus.

lagi satu produk yang ingin saya ketengahkan ialah Sabun Kecantikan G&H (250g). Sabun ini betul-betul menggunakan alam semulajadi iaitu MADU. Mengapa menggunakan Madu?
1- Merupakan humektan semulajadi
2- mempunyai ciri-ciri bakteria semulajadi
3- Mengandungi vitamin B6,C,Tiamin,Riboflavindan Niasin.
4- Mengandungi antioksidan dan asid amino.
5- Rumusannya daripada lembu yang selamat digunakan.
6- Sesuai untuk kulit remaja.

digunakan untuk pembersihan muka namun ia adalah sabun mandi yang paling bagus. Ianya digabungkan dengan gliserin (humektan yang berkuasa), memang gabungan yang sangat sesuai. saya gunakan untuk membersih muka. memang sesuai sangat dengan kulit saya yang berkombinasi. terasa kulit benar-benar bersih dan sihat. 


sampai disini dahulu kerana ada kerja lain yang memerlukan perhatian. nanti bertemu dilain hari dan masa...

Saturday, 7 September 2013

Nak sihat

Pagi tadi ujan turun dengan lebatnya. Padahal ada 10,000 langkah yang diadakan di dataran sheikh ahmad kangar. Aku keluar lewat sikit bersama member dari as. Apabila sampai ujan dh renyai2 dan kami terus buat pendaftaran. Dapat la sehelai t shirt sorang satu. Lepas tu kami pun mulakan aktiviti berjalan. Setelah sampai ke garisan penamat kami diberi sarapan pagi iaitu epal hijau, roti dan air mineral. Lepas tu kami tunggu untuk cabutan bertuah, tapi kami tak bertuah la. Hehehe.... Pengacara majlis dia nak tau tak sapa!!! Penyanyi maya ala yang nyanyi lagu bertajuk matahari tu. Pertama kali la tengok dia secara live. Memang putih orangnya dan kurus je. Lpas tu kami singgah kdai mamak order capati.... Hahahaha..... Terbaik punya la.... Ok la sampai situ dulu la. Sakit kepala menyerang sbb kna ujan pg tdi... Huhuhuhuhu....

Thursday, 5 September 2013

assalamualaikum... lama juga ye saya tak update kat dalam blog nie... bukan apa, sibuk sikit dengan kerjaya dan rumahtangga. ari nie baru saya berpeluang untuk menulis sepatah dua kata. hehehe.... minggu lepas saya ada menghadiri seminar di pulau pinang. saya pergi dengan member2 satu tempat kerja. Pepagi lagi kami semua sudah bertolak ke sana. kami singgah makan capati di bandar perda. suasana di situ sangat la lenggang. mcm tak percaya sahaja. mungkin awal lagi kot ditambah pula hari minggu. masih bermalas-malasan di atas katil. heheheheh....
 Di sana banyak perkara baru yang saya pelajari. walaupun tak semudah yang disangkakan, saya tetap ingin mencuba sesuatu yang mencabar diri saya sendiri. saya malu nak berniaga, padahal rezeki 9/10 adalah daripada perniagaan. Saya malu serta takut kepada penolakkan. Sebab tu lah kot saya xberjaya sangat. hehehehhe....

Perkara pertama yang saya buat adalah mencuba sendiri sesuatu produk itu. antara produk yang saya guna adalah Formulasi untuk Wanita Tropical Herbs (60 cap). saya guna produk ini adalah untuk kesihatan dalaman wanita. saya ada masalah lenguh2 kaki disebabkan oleh vericose veins, lenguh pinggang disebabkan saya pernah mendapatkan suntikan epidural semasa bersalin, letih, kurang cerdas, kurang bertenaga dan ceria. Alhamdulillah, setelah seminggu saya menggunakanya, saya dapati lenguh2 di kaki dan pinggang mula berkurangan, kurang makan nasi sebab kita akan banyak minum air masak, bertenaga serta aktif. sebelum nie saya memang susah sikit nak makan jamu2 nie sebab saya akan selalu sakit kepala. Tetapi bila guna produk nie tak ada pun sakit kepala tersebut.

Produk ke-2 yang saya guna adalah Semburan Penyegar Mulut GLISTER (9g). memberi kesegaran kepada mulut tambahan pula kerjaya saya yang memerlukan saya bercakap dengan orang. Sebotol boleh memberikan lebih daripada 250 semburan pulak tu. Selain itu ia sangat sesuai kepada sesiapa yang menjaga berat badan kerana ia tidak mengandungi gula, jadinya tiada kalori.

Ada banyak lagi produk yang ditawarkan tetapi tak sempat saya nak taipkan disini. ada masa saya updatekan lagi ye. kalau nak tengok gambarnya, nanti saya sertakan sekali. anyway have a good day and never fell down.